Dalam setiap bisnes mesti ada pelanggan, walaupun bisnes itu kecik atau besar. Bisnes itu sendiri mesti ada MODAL. Pada orang yang dah biasa buat bisnes itu tidak menjadi masalah, kerana faham selok belok sesuatu perniagaan. Jatuh bagun dalam bisnes menjadi darah daging kepada sesorang yang telah mencapai kejayaan.
Tetapi bagi yang baru bermula semuanya baru dan ilmu untuk bisnes pun melalui pembacaan. Ada diantara mereka tidak tahu langsung bagaimana nak bermula. Walaupun dalam hati ada keinginan untuk mencari pendapatan sampingan melalui prniagaan kecil-kecilan , tapi disudut hati ada perasaan ragu, sangsi, takut, bercelaru dan tidak yakin pada diri sendiri.
Apa yang dilihat dalam facebook terlalu banyak promosi-promosi perniagaan yang memaparkan bisnes cara mudah untuk mendapat pulangan yang banyak serta tidak masuk akal. Kerana terpengaruh terus masuk tanpa memikirkan akibatnya. Bila dah tertipu ramai yang tidak percaya walaupun perniagaan itu sememengnya tanpa risiko.
Disini ingin saya kupaskan perniagaan berkenaan simkad Tone Excel dimana anda boleh lihat dimana-mana saja dalam facebook, tweeter, instagram, wechat ,blog dan juga dimana-mana karnival. Ia merupakan satu produk HOT kerana dalam masa 4 tahun telah berupaya melahirkan hampir 500K pengguna talian Tunetalk Tone Excel. Kini target Tone excel ke 1juta pengguna dan meluaskannya empayarnya ke sekitar Asia Tenggara iaitu Thailand,Filipina dan Indonesia.
Kalau nak dibandingkan dengan Talian yang berada di Malaysia ia merupakan satu syarikat prabayar yang PERTAMA yang memberi pendapatan kepada pengguna talian itu sendiri. Bisnes simkad yang tidak ada risiko kepada pengguna malah ia menukarkan servis (liabiliti ke aset) menjana pendapatan.